Monday, July 20, 2009

Photojournalism@Kewartawanan Foto


Photojournalism@kewartawanan foto merupakan antara cabang yang terdapat di dalam bidang kewartawanan. Ia adalah suatu bidang di mana berita disampaikan melalui gambar yang disertakan dengan penulisan. Tarikh sebenar kewujudan bidang ini tidak diketahui dengan tepat, tetapi menurut Wikipedia, ia bermula antara tahun 1880 hingga 1897. Photojournalist yang pertama ialah Carol Szathmari, seorang warga Romania yang berjaya merakamkan peristiwa Crimean War antara negara Rusia dan Turki pada tahun 1853 hingga 1856.

Photography dan photojournalism adalah berbeza. Mari kita lihat dua keping gambar ini terlebih dahulu dan saksikan perbezaan antara keduanya.

Baiklah. Kedua-dua gambar di atas menunjukkan objek yang sama iaitu bangunan. Tetapi, pada gambar pertama, ia adalah photography. Manakala, gambar kedua adalah photojournalism. Apakah yang menyebabkan perbezaannya? Di dalam photography, gambar yang ditangkap sangat cantik. Bermaksud, photography mementingkan nilai estetika dan keindahan. Namun, photojournalism adalah sebaliknya. Nilai estetika tidak penting, tetapi nilai berita yang terkandung di dalam gambar tersebut adalah lebih penting.

Di dalam blog ini, saya akan berperanan sebagai photojournalist. Segala peristiwa yang berlaku di sekitar UPM dan luarnya akan saya rakamkan dan kongsikan bersama anda semua. Segala komen yang diberikan amat dialu-alukan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment