Thursday, July 23, 2009

Pencemaran di mana-mana!

MAKIN teruk. Pencemaran di Malaysia makin membimbangkan. Dengan pelbagai masalah kesihatan yang melanda-penyakit H1N1, denggi, jerebu dan lain-lain, mungkin penyakit baru akan melanda jika pencemaran yang berlaku sekarang tidak ditangani segera.
Di sebuah tasik di Sri Serdang yang menjadi tumpuan penduduknya untuk berjoging, bersiar-siar dan bermain pada waktu petang telah mula terjejas dengan pencemaran.
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang membuang sampah ke dalam tasik boleh menyebabkan sistem ekosistem tasik terganggu dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Masyarakat setempat disarankan untuk mengambil inisiatif sendiri seperti bergotong-royong membersihkan kawasan tasik atau mengadu kepada pihak berkuasa.
Kita tidak mahu generasi akan datang terpaksa menanggung akibatnya disebabkan kecuaian generasi sekarang.

Keindahan tasik boleh musnah jika tindakan segera tidak diambil.


Ekosistem tasik boleh terjejas teruk jika dibiarkan sahaja begini.


Aedes mudah membiak di tempat sebegini.

Monday, July 20, 2009

Kolej Pendeta Za'aba tumbang

Kolej Pendeta Za'aba (KPZ) tewas 2-0 kepada Kolej Canselor (KC) di dalam perlawanan persahabatan pada 15 Julai lepas di padang C bersebelahan Kolej Mohamad Rashid.

Pemain KC (tidak berbaju) bergelut memastikan bolanya tidak dirampas

Sengit. Kedua pasukan tidak mahu mengalah merebut bola.

Semangat juang yang tinggi dapat disaksikan antara kedua pasukan.

Persaingan yang hebat antara kedua pasukan ditonjolkan dalam perlawanan ini.

Photojournalism@Kewartawanan Foto


Photojournalism@kewartawanan foto merupakan antara cabang yang terdapat di dalam bidang kewartawanan. Ia adalah suatu bidang di mana berita disampaikan melalui gambar yang disertakan dengan penulisan. Tarikh sebenar kewujudan bidang ini tidak diketahui dengan tepat, tetapi menurut Wikipedia, ia bermula antara tahun 1880 hingga 1897. Photojournalist yang pertama ialah Carol Szathmari, seorang warga Romania yang berjaya merakamkan peristiwa Crimean War antara negara Rusia dan Turki pada tahun 1853 hingga 1856.

Photography dan photojournalism adalah berbeza. Mari kita lihat dua keping gambar ini terlebih dahulu dan saksikan perbezaan antara keduanya.

Baiklah. Kedua-dua gambar di atas menunjukkan objek yang sama iaitu bangunan. Tetapi, pada gambar pertama, ia adalah photography. Manakala, gambar kedua adalah photojournalism. Apakah yang menyebabkan perbezaannya? Di dalam photography, gambar yang ditangkap sangat cantik. Bermaksud, photography mementingkan nilai estetika dan keindahan. Namun, photojournalism adalah sebaliknya. Nilai estetika tidak penting, tetapi nilai berita yang terkandung di dalam gambar tersebut adalah lebih penting.

Di dalam blog ini, saya akan berperanan sebagai photojournalist. Segala peristiwa yang berlaku di sekitar UPM dan luarnya akan saya rakamkan dan kongsikan bersama anda semua. Segala komen yang diberikan amat dialu-alukan. Terima kasih.