Wednesday, August 12, 2009

Ribut kuat sebabkan paip pecah

SERDANG, 11 Ogos- Hujan lebat berserta ribut kuat yang melanda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kawasan sekitarnya semalam menyebabkan paip berhampiran kolej Canselor, UPM pecah.

Kejadian tersebut menyebabkan jalan di simpang masuk ke kolej Canselor merekah dan air melimpah keluar dengan banyak.

Namun, bekalan air di kawasan kolej kediaman berdekatan tidak terjejas kerana tindakan pantas yang diambil oleh pihak berkuasa UPM dengan segera iaitu menutup paip yang pecah menghentikan limpahan air.

Ribut kuat yang berlaku antara jam 5.00 hingga 6.30 petang itu juga menyebabkan banyak pokok tumbang disamping merobohkan khemah-khemah para peniaga yang berniaga di Pesta Konvokesyen.

Tiada kecederaan serius berlaku dilaporkan dan kerugian yang dianggarkan tidak dinyatakan oleh para peniaga.


Kawasan merekah menyebabkan jalan terpaksa ditutup

Limpahan air boleh dilihat di kawasan kejadian

Kerosakan berlaku masih belum dibaiki sepenuhnya